Uruguay menang 2-0 namun tidak layak - Utusan Malaysia

Uruguay menang 2-0 namun tidak layak

Uruguay gagal ke pusingan 16 terbaik walaupun berjaya mengatasi Ghana, 2-0 sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA : Uruguay gagal menempatkan diri ke pusingan 16 terbaik walaupun berjaya menewaskan Ghana, 2-0 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan H, Piala Dunia 2022 di Stadium Al Janoub, sebentar tadi.

Bagaimanapun keputusan tersebut tidak membawa sebarang makna susulan kemenangan 2-1 Korea Selatan ke atas Portugal dalam satu lagi perlawanan berasingan yang menyaksikan kelebihan jaringan memihak skuad Taugeuk Warriors  walaupun memiliki jumlah mata yang sama dengan Uruguay.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi untuk mencatat kemenangan bagi menghidupkan semula peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Ghana memperoleh peluang keemasan untuk membuka tirai jaringan apabila dihadiahkan sepakan penalti setelah Andre Ayew dijatuhkan oleh Sergio Rochet.

Ayew mengambil sendiri sepakan penalti tersebut namun Rochet tampil cemerlang apabila menyelamatkan sepakan Ayew dan memastikan gawangnya tidak dibolosi.

Uruguay kemudiannya membuka tirai jaringan menerusi Giorgian de Arrascaeta pada minit ke-26 selepas cubaan Luis Suarez diselamatkan oleh penjaga gol Ghana, Lawrence Ati-Zigi.

De Arrascaeta kemudiannya menjaringkan gol kedua pada minit ke-32 dimana beliau melakukan sepakan volley yang gagal diselamatkan oleh Zigi.

Disipilin tinggi dipamerkan pertahanan Uruguay yang berjaya menyerap segala asakan Ghana untuk memastikan keputusan 2-0 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya