Tumbangkan Sepanyol, Jepun juara kumpulan - Utusan Malaysia

Tumbangkan Sepanyol, Jepun juara kumpulan

Barisan pemain Jepun meraikan kemenangan 2-1 ke atas Sepanyol yang memastikan kemaraan ke pusingan 16 terbaik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA : Jepun bangkit dari ketinggalan untuk meraih kemenangan, 2-1 ke atas Sepanyol dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan E, Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi.

Kemenangan ini juga lebih manis apabila Samurai Blue berjaya mengungguli takhta Kumpulan E dengan perbezaan dua mata mengatasi Sepanyol dikedudukan kedua untuk sama-sama melangkah ke pusingan 16 terbaik.

Bagi Jepun turun berdepan Sepanyol mereka hanya mengharapkan satu mata bagi menjamin slot 16 terbaik untuk mengatasi Jerman yang beraksi menentang Costa Rica pada perlawanan berasingan.

Pada aksi tersebut, Sepanyol lebih garang pada awal permainan dan mereka tidak menunggu lama setelah Alvaro Morata menjaringkan gol pada minit ke-11.

Gol tersebut menyemarakkan semangat pemain La Roja untuk mendapatkan gol kedua ketika Jepun lebih banyak bertahan.

Jepun menyamakan kedudukan tiga minit selepas babak kedua bersambung menerusi pemain sayap, Ritsu Doan yang merembat bola dari luar kotak penalti.

Pemain tengah, Tanaka menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-51 namun mendapat bantahan dari pemain Sepanyol sebelum jaringan tersebut dirujuk kepada Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk pengesahan.

Samurai Blue kental bertahan walaupun Sepanyol mengasak untuk mendapatkan gol penyamaan dan keputusan 2-1 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan.

Jepun mara sebagai juara kumpulan dan akan bertemu Croatia, manakala Sepanyol, yang layak berdasarkan perbezaan jaringan berbanding Jerman, akan bertemu Maghribi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya