Switzerland mara selepas tewaskan Serbia 3-2 - Utusan Malaysia

Switzerland mara selepas tewaskan Serbia 3-2

Freuler menjaringkan gol ketiga buat Switzerland membantu kemaraan pasukan ke pusingan 16 terbaik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA : Switzerland menewaskan Serbia 3-2 pada aksi terakhir Kumpulan G Piala Dunia untuk mara ke pusingan 16 terakhir yang berlangsung di Stadium 974, sebentar tadi.

Skuad kendalian Murat Yakin itu bermula dengan baik apabila mengancam kubu Serbia seawal minit pertama tetapi percubaan Breel Embolo dan Granit Xhaka dinafikan penjaga gol, Vanja Milinkovic-Savic.

Serbia kemudiannya terlepas peluang terbaik untuk membuka jaringan pada minit ke-11 selepas percubaan daripada Andrija Zivkovic sekadar singgah di tiang gol.

Switzerland akhirnya mendahului permainan menerusi rembatan Xherdan Shaqiri pada minit ke-20 namun Serbia membalas dua gol menerusi Aleksandar Mitrovic dan Dusan Vlahovic pada minit ke-26 serta 35.

Remo Frueler muncul wira buat Switzerland apabila jaringannya selepas tiga minit babak kedua bersambung sudah cukup untuk memberikan bekalan berguna buat pasukannya yang kental bertahal hingga tamat permainan bagi mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati.

Kemenangan itu meletakkan Switzerland di tangga kedua kumpulan selepas mengumpul enam mata bersama pendahulu, Brazil dan akan bertemu Portugal bagi merebut tempat ke suku akhir. -AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya