LISBON: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo memuji Pele sebagai ‘sumber inspirasi kepada berjuta-juta orang’.
“Dia adalah rujukan semalam, hari ini dan selama-lamanya. Kasih sayang yang anda selalu tunjukkan kepada saya dibalas dalam setiap detik yang kami kongsi, walaupun dari jarak jauh,” tulis Ronaldo di Instagram selepas legenda Brazil itu meninggal dunia pada usia 82 tahun.
Ronaldo menambah: “Dia tidak akan dilupakan dan ingatannya akan kekal selama-lamanya dalam setiap dan setiap seorang daripada kita pencinta bola sepak. Berehatlah dengan tenang Raja Pele.”
Kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia 2022, Lionel Messi turut mengucapkan selamat tinggal kepada wira bola sepak Brazil Pele itu di Instagram.
Messi turut menyiarkan foto dirinya dan ‘Raja’ yang diambil ketika detik gembira mereka.
“Rehat dengan tenang, Pele,” tulis Messi selepas pengumuman bahawa Pele telah meninggal dunia di hospital pada usia 82 tahun oleh anak perempuannya. – AFP