Rafidah bangkitkan isu TPM, lantikan senator dalam Kabinet Anwar

Rafidah bangkitkan isu TPM, lantikan senator dalam Kabinet Anwar

RAFIDAH AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua isu besar menjadi persoalan utama, kata veteran politik, Tan Sri Rafidah Aziz dalam soal pelantikan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Jelas beliau dalam satu kenyataan, ia adalah berkenaan lantikan Timbalan Perdana Menteri yang masih terpalit dengan kes rasuah serta pelantikan senator seramai empat orang.

Katanya, dua perkara ini tidak seharusnya menjadi keperluan untuk dilantik dalam barisan kepemimpinan kerana ia boleh menjejaskan barisan kepemimpinan seluruhnya.

“Kenapa perlu lantikan sebagai TPM? (Timbalan Perdana Menteri)? Tidak kurang seseorang menanti hasil senarai kes rasuah yang sangat panjang tidak dipercayai? 

“Iya, ada yang kata seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Tetapi, jika orang tersebut akhirnya didapati bersalah, maka anda perlu mendapatkan TPM yang lain.

“Kenapa perlu ditekan untuk melantik sekarang? Kita sudah ada satu TPM di situ,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berdepan dengan 87 pertuduhan rasuah, namun telah dibebaskan 40 daripadanya pada September lalu.

Mengulas lanjut, Rafidah dalam masa yang sama turut mempersoal mengenai kredibiliti apabila yang kalah dilantik menjadi menteri.

“Siapa yang kalah dalam PRU ditolak oleh pengundi dan sekarang, melantik semula orang tersebut sebagai senator agar jadikan dia menteri.

“Di mana kredibiliti apabila kalah diletakkan semula dalam kepemimpinan? Ada yang lain mungkin lebih sesuai untuk dilantik. Cemar susu sebelanga kerana dua sudu nila,” katanya lagi.

Pagi ini, seramai empat Senator telah mengangkat sumpah iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Bagaimanapun, Rafidah  mengucapkan selamat maju jaya kepada barisan kepemimpinan hari ini dan diharap dapat memimpin negara dengan baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya