Pekebun milik senapang angin ditahan

Pekebun milik senapang angin ditahan

SENAPANG angin dan peluru yang dirampas daripada seorang lelaki di Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang lelaki ditahan kerana miliki selaras senapang angin di Sri Medan, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, lelaki berkenaan ditahan dalam serbuan sepasukan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sebuah bengkel kenderaan pada pukul 1.15 petang.

“Hasil serbuan tersebut, pihak polis merampas sepucuk senapang angin berserta peluru yang berada dalam sebuah kereta di bengkel berkenaan. Senapang angin tersebut dipercayai dibuat sendiri oleh suspek.

“Suspek warga tempatan yang berusia 53 tahun itu bekerja sebagai pekebun mempunyai rekod lampau atas pelbagai kesalahan termasuk dadah dan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ujian saringan air kencing suspek turut didapati positif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya