MBSA laksana 49 Pelan Tindakan Banjir secara berperingkat - Utusan Malaysia

MBSA laksana 49 Pelan Tindakan Banjir secara berperingkat

NOR Fuad Abdul Hamid mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Shah Alam ke-10 di Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Datuk Bandar Shah Alam baharu berazam untuk melaksanakan 49 projek dalam Pelan Tindakan Banjir  bagi mengatasi masalah bencana alam tersebut di bandaraya ini.

Menurut Dr. Nor Fuad Abdul Hamid, projek tersebut akan dilaksanakan secara berfasa yang mana peringkat pertama melibatkan 30 projek dan 19 lagi pada fasa kedua.

“Pelan perlaksanaan tersebut melibatkan tujuh lembangan iaitu Lembangan Sungai Kandis, Lembangan Sungai Rasah, Lembangan Sungai Renggam, Lembangan Sungai Binjai / Sungai Puloh, Lembangan Sungai Buloh, Lembangan Sungai Air Kuning / Sungai Damansara dan Lembangan Sungai Rasau.

“Pada hari ketiga saya dilantik, saya berpeluang melawat hot spot banjir di Bukit Naga,” katanya selepas mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Shah Alam Ke 10 di pada majlis tersebut di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini.

Mengulas mengenai visinya sebagai Datuk Bandar Shah Alam, beliau komited untuk menjadikan bandaraya ini sebagai bandaraya pintar.

Beliau menjelaskan hasratnya untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar pintar terangkum dalam salah satu daripada tiga teras utama yang difokuskannya untuk menjadikan bandaraya ini sebagai bandaraya terkemuka di mata dunia.

“Saya ingin menjadikan Shah Alam bandaraya pintar, berdaya huni dan makmur.Tiga teras utama ini telah digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS1) yang mensasarkan kepada pencapaian aspirasi negeri pintar, berdaya huni dan makmur menjelang tahun 2025.

“Teras pintar ini hendaklah mengoptimumkan penggunaan teknologi digital dalam perkhidmatan perbandaran bagi memperkasa kehidupan penduduk, pemegang taruh, para pemaju, pemain industri dan komuniti bandaraya Shah Alam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya