Kekalahan 3 pemimpin PRU15, tidak lemahkan Amanah

Kekalahan 3 pemimpin PRU15, tidak lemahkan Amanah

MOHAMAD Sabu mengetip kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menegaskan ketiadaan tiga pemimpin utamanya yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, menyebabkan Parlimen kehilangan pejuang rakyat yang berkaliber.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, kekalahan tiga Naib Presiden iaitu Datuk Mahfuz Omar, kehilangan Khalid Samad dan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa adalah adat dalam dunia politik.

Beliau berkata, kehilangan ahli Parlimen dalam pilihan raya di satu-satu kawasan perkara biasa kerana ia adalah pasang surut politik.

“Saya percaya mereka (Ahli Parlimen baharu) yang menjadi pengganti mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Memanglah saya rasa kehilangan mereka di Parlimen terutamanya Khalid Samad yang agak lantang dan berani berhujah dalam pelbagai perkara yang dibahaskan.

“Insya Allah, Ahli Parlimen baharu akan mampu berhujah dengan baik di Parlimen,” katanya kepada wartawan selepas sesi mengetip kad perakam waktu menteri sebagai tanda memulakan tugas secara rasmi di pejabatnya hari ini ketika diminta mengulas mengenai tiga Naib Presiden Amanah yang tewas dalam PRU15.

Mengulas lanjut mengenai kehilangan tiga pimpinannya, Mohamad berkata, kemerosotan itu tidak mungkin kekal kerana ia boleh bertambah pada masa akan datang.

“Pasang dan surut dalam politik perkara biasa. Kini kita mengalami sedikit kemerosotan Ahli Parlimen dan akan datang, barang kali bertambah (bilangan Ahli Parlimen dari Amanah).

“Dulu tahun 2004, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri hanya tinggal satu kerusi sahaja, sekarang jadi Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya