Kejohanan Badminton Terbuka Remaja BAKTI/MSSWPKL

Kejohanan Badminton Terbuka Remaja BAKTI/MSSWPKL hampiri penamat

Kejohanan Badminton Terbuka Remaja BAKTI/MSSWPKL peringkat akhir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Badminton Terbuka Remaja BAKTI/MSSWPKL peringkat akhir akan berlangsung hari ini di Sports Arena Sentosa selepas pertandingan itu membuka tirai pada Sabtu lalu.

Pertandingan itu berjaya menarik penyertaan seramai 996 peserta dari seluruh Malaysia bermula dengan umur 7 hingga 16 tahun, menyaksikan 24 kategori dipertandingkan iaitu 16 kategori perseorangan dan 8 kategori beregu.

Kejohanan yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Pembangunan Badminton Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL) bagi mencungkil bakat baharu dalam sukan berkenaan.

“Matlamat utama kejohanan ini adalah untuk mencungkil bakat baru dalam sukan badminton bagi pelajar yang berpotensi.

“Selain itu, kejohanan ini juga menjadi medan kepada pelatih-pelatih Tunas Juara BAKTI membiasakan diri dengan suasana pertandingan sebenar sekali gus membentuk ketahanan mental, fizikal pelajar untuk menempuh pertandingan di peringkat yang lebih tinggi,” menurut satu kenyataan media, semalam.

Ini merupakan edisi ke-10, kejohanan ini berjaya diadakan sejak tahun 2006.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya