Itu hal Janna, saya tak mahu komen tindakannya - Dini Schatzmann - Utusan Malaysia

Itu hal Janna, saya tak mahu komen tindakannya – Dini Schatzmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Dini Schatzmann, 28, enggan mengulas tentang status terkini hubungannya dengan pelakon, Janna Nick, 27, yang dikatakan sudah berakhir.

Katanya, perkara tersebut terlalu peribadi untuk diceritakan, justeru dia memilih tidak bercakap tentang hal terbabit.

“Saya minta maaf. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa tentang cerita peribadi.
Saya juga tidak boleh komen tentang tindakannya. Itu hal dia,” katanya.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, baru-baru ini memberi bayangan hubungannya dengan Dini berakhir menerusi satu perkongsian di Instagram.

Desas-desus berkenaan dikuatkan lagi apabila Janna tidak lagi mengikut Dini di Instagram.

Kedua-dua pihak, bagaimanapun masih membiarkan status terkini hubungan mereka menjadi teka-teki apabila sering mengelak daripada menjawab pertanyaan tentang perkara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya