Harimau Malaya harungi Piala AFF tanpa Cools

Harimau Malaya harungi Piala AFF tanpa Cools

Senarai 23 pemain yang akan membawa cabaran skuad Harimau Malaya di Piala AFF bermula Rabu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya akan mengharungi kempen Piala AFF 2022 tanpa 16 pemain yang bersama pasukan sebelum ini dan telah berjaya membawa Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Pemain terbaharu yang mengesahkan tidak akan bersama pasukan adalah tonggak pertahanan, Dion Cools disebabkan mempunyai urusan peribadi.

Bagaimanapun 23 pemain yang dipilih ketua jurulatih negara, Kim Pan Gon dilihat berkemampuan menggalas tanggungjawab di Piala AFF yang bermula minggu depan meskipun rata-rata adalah muka baharu.

Daripada senarai 28 pemain yang dipanggil menjalani kem latihan pusat sejak 29 November lalu, lima pemain yang digugurkan adalah penjaga gol, Azri Ab Ghani, Kogileswaran Raj, Ramadhan Saifullah Usman, Aliff Izwan Yuslan serta Cools.

Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Yangon pada Isnin ini bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan B bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna pada Rabu sebelum kembali ke tanah air.

Seterusnya, skuad Harimau Malaya akan bertemu Laos pada perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Disember dan hari berikutnya terbang ke Hanoi untuk perlawanan ketiga menentang Vietnam di Stadium My Dinh pada 27 Disember.

Anak buah Pan Gon akan melengkapkan perlawanan terakhir Kumpulan B bertemu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Januari depan.

Sekiranya berjaya menduduki dua tempat teratas dalam kumpulan, saingan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik pada 6 atau 7 Januari dan 9 atau 10 Januari depan manakala aksi final timbal balik dijadual pada 13 serta 16 Januari 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya