Empat bekas ahli Parlimen Bersatu Sabah perjelas status

Empat bekas ahli Parlimen Bersatu Sabah perjelas status kepada Speaker Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Empat ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai status dan kedudukan mereka.

Demikian kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun mengenai situasi empat ahli Parlimen mereka selepas keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, sekiranya ada keperluan untuk memaklumkan Speaker mengenai kedudukan mereka maka, ahli-ahli Parlimen itu akan berbuat sedemikian.

Malah katanya, kenyataan berkaitan perkara tersebut juga akan dikemukakan.

Masidi berkata, empat ahli Parlimen GRS itu ialah Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Datuk Armizan Mohd. Ali (Papar) dan Datuk Jonathan Yasin (Ranau).

“Saya yakin keempat-empat ahli Parlimen kita (GRS) tidak terkesan dengan undang-undang di bawah Akta Anti Lompat Parti,” katanya.

Timbalan Pengerusi GRS itu berkata, sebelum memutuskan keluar Bersatu, empat ahli Parlimen GRS itu sedar bahawa Akta Anti Lompat Parti telah berkuat kuasa bermula 5 Oktober lalu.

Semalam, Peguam Undang-Undang Perlembagaan Sabah, Datuk Tengku Fuad Tengku Ahmad menyatakan empat bekas ahli Parlimen Bersatu Sabah dikatakan tidak akan kehilangan kerusi biarpun mereka bertindak keluar parti.

Fuad berkata, empat bekas ahli Parlimen Bersatu itu tidak melanggar Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan kerana kesemua mereka bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya