Elaun ketua kampung, masyarakat di Johor naik

Elaun ketua kampung, masyarakat di Johor naik

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri menaikkan elaun sebanyak RM300 kepada Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat daripada RM900 menjadi RM1,200 sebulan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pertimbangan itu mengambil kira usaha ke arah meningkatkan profesionalisme institusi ketua kampung dan ketua masyarakat.

Beliau berkata, inisiatif itu juga bagi menghargai kepimpinan dan peranan institusi akar umbi tersebut yang berkhidmat siang dan malam bagi membantu masyarakat setempat. 

“Sukacita saya umumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk menaikkan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada ketua kampung dan ketua masyarakat daripada RM900 kepada RM1,200 sebulan.

“Di samping itu, kerajaan Negeri juga berharap agar kerajaan Persekutuan akan turut menyambut baik inisiatif murni ini, seterusnya menambah sekurang-kurangnya RM300 lagi bagi menjadikan elaun ketua kampung dan ketua masyarakat meningkat menjadi RM1,500 sebulan,” katanya pada sesi penggulungan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini. 

Pada Februari 2019, bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian mengumumkan khabar gembira kepada 667 ketua kampung apabila bersetuju menaikkan kadar elaun sebanyak RM200 sebulan.

Pertambahan itu menjadikan kadar elaun diterima ketua kampung sebanyak RM900 sebulan berbanding RM700 sebelum ini.

Mengenai cadangan kenaikan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri akan mengkaji dan mempertimbangkan cadangan itu.

“Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, saya yakin dan percaya rakan-rakan ADUN memahami dan bersetuju untuk kita memberikan keutamaan kepada rakyat terlebih dahulu buat masa ini. 

“Insya-Allah, setelah keadaan ekonomi semakin pulih dan hasil negeri juga meningkat, kerajaan negeri akan mengkaji dan mempertimbangkan cadangan ini,” katanya.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya