Argentina lebih tertekan berbanding kami - Dalic - Utusan Malaysia

Argentina lebih tertekan berbanding kami – Dalic

Dalic melihat Argentina lebih tertekan berbanding pasukannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA : Bos Croatia, Zlatko Dalic menyifatkan tekanan adalah ke atas Argentina untuk memenangi perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 mereka awal pagi esok di Stadium Lusail.

Croatia sedang berusaha untuk mara ke final Piala Dunia kedua berturut-turut selepas gagal menentang Perancis pada 2018  dan mereka kini berdepan Lionel Messi serta rakan sepasukan untuk ditewaskan jika mereka ingin mencapai hasrat tersebut.

Croatia mungkin tewas kepada Perancis pada 2018 tetapi telah menunjukkan di Qatar bahawa kemaraan mereka bukanlah kebetulan kerana mereka menewaskan Brazil menerusi penentuan sepakan penalti untuk menuntut satu lagi penampilan empat akhir.

Tetapi sementara dia sudah mengatasi salah satu pilihan Amerika Selatan yang dijangka memenangi pertandingan itu, Dalic dan pasukannya mesti melakukannya sekali lagi awal pagi esok dengan Argentina sedang mencari untuk memenangi Piala Dunia pertama mereka sejak 1986.

“Argentina adalah pasukan yang hebat, dan mereka mempunyai Messi. Mereka mempunyai lebih banyak tekanan.

“Kami telah bersedia untuk perlawanan ini dan saya optimis, kerana pemain ini telah menunjukkan kualiti dan potensi mereka,” tegas Dalic

Pada separuh akhir mereka di Rusia empat tahun lalu, anak didik Dalic bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan England selepas masa tambahan di Moscow.

“Perlawanan separuh akhir menentang England pada Piala Dunia lalu adalah perlawanan terhebat sepanjang zaman, perlawanan menentang Brazil berada di tempat kedua.

‘Jika kami menang esok, ia akan menjadikannya perlawanan bersejarah terbesar untuk Croatia sepanjang zaman,”jelasnya. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya