PETALING JAYA: Kira-kira 10 pintu rumah setinggan di Jalan Klang Lama, dekat sini hangus terbakar.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12:17 tengah hari seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, sebanyak 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh serta bantuan dari BBP Bukit Jalil, BBP Sri Petaling, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sentul dan BBP TTDI dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurut Komander Operasi, Armdan Mahat berkata, setibanya jentera bomba dilokasi kejadian mendapat kebakaran melibatkan rumah setinggan anggaran 10 pintu rumah setinggan, sebuah kedai makan dan bengkel motosikal.
“Kebakaran melibatkan kawasan berkeluasan keseluruhan 80 x 50 kaki persegi yang terbakar 90 peratus.
“Kebakaran telah dapat dikawal pada pukul 12.41 tengah hari dan padam sepenuhnya satu jam kemudian.
Tambahnya, punca kerugian masih dalam siasatan dan tiada mangsa yang terlibat. – UTUSAN