Van Dijk bersimpati dengan Mane

Van Dijk bersimpati dengan Mane

SADIO Mane (kiri) dan Virgil van Dijk ketika bergandingan di Liverpool.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Virgil van Dijk memberitahu bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane bahawa Belanda akan tetap berdepan tentangan getir Senegal dalam aksi pembukaan Piala Dunia 2022, Isnin ini biarpun beraksi tanpa penyerang Bayern Munich itu.

Mane, 30, dijangka terlepas perlawanan itu kerana kecederaan kakinya tidak sempat pulih.

Van Dijk amat memahami perasaan bekas rakan sepasukannya kerana dia juga pernah berdepan situasi sama apabila terlepas Kejohanan Eropah (Euro) 2020 tahun lalu akibat kecederaan lutut yang serius.

 

VIRGIL van Dijk tiba di Doha, Qatar bersama pasukan Belanda semalam.

“Sudah tentu saya ada bercakap dengannya. Saya tidak fikir dia akan bermain (menentang Belanda).

“Saya berasa sedih terhadapnya. Saya tidak gembira dalam soal ini kerana saya pernah berada dalam situasi di mana saya terlepas Euro.

“Kami sebagai pemain bekerja keras untuk sampai ke peringkat ini dan dia menjadi tokoh penting dalam pasukan negaranya.

“Saya tahu dia akan mempamer keberanian tetapi ia sukar dan saya berasa kasihan kepadanya,” kata kapten Belanda itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya