Urusan undi individu positif Covid-19 dipercepat - SPR

Urusan undi individu positif Covid-19 dipercepat – SPR

AZMI Sharom (dua kiri) bersalaman dengan Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Abdul Aziz (dua kanan) ketika hadir meninjau proses mengundi awal di IPD Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memastikan urusan pengundian bagi individu positif Covid-19 pada Sabtu ini dilakukan dengan pantas bagi mengelak risiko penularan.

Timbalan Pengerusinya, Dr. Azmi Sharom berkata, individu positif juga perlu memaklumkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai status kesihatan masing-masing sebelum hadir ke pusat mengundi.

“PKD akan mengasingkan pengundi positif berkenaan dan proses pengundian mereka akan dipercepatkan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau proses undi awal di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan pengundi positif Covid-19 diwajibkan memakai pelitup muka ketika hadir mengundi selain tidak dibenarkan menaiki pengangkutan awam termasuk e-hailing pada hari pengundian Sabtu ini.

Orang ramai dinasihatkan mengikuti saranan kesihatan bagi memastikan proses pengundian dapat berjalan dengan selamat sekali gus mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

Ditanya proses undi awal di seluruh negara setakat pagi ini, Azmi berkata, proses pengundian awal berjalan dengan lancar dan ia petanda yang baik.

“Semua nampak berjalan lancar. Kita akan buka (pusat undi awal) sampai pukul 5 petang dan harap semuanya baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya