PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendahului persaingan merebut kerusi Parlimen Muar setakat pukul 8.07 malam tadi.
Syed Saddiq memperoleh 7,667 undi, mendahului calon Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin yang memperolehi 5,466 undi dan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Helmy Abd. Latif yang memperolehi 4,514 undi.
Setakat pukul 8.07 petang tadi, sebanyak 17,647 undi telah dikira, berbanding 68,925 jumlah pengundi berdaftar.
Kerusi itu sebelum ini disandang oleh Syed Saddiq dengan majoriti 6,953 undi. –UTUSAN