[TIDAK RASMI] Rodziah dijangka rampas Ampang dari Zuraida

[TIDAK RASMI] Rodziah dijangka rampas Ampang dari Zuraida

Kemunculan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet dan Hans Isaac memberi bayangan Pakatan Harapan ( PH) merampas kerusi Parlimen Ampang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Calon Pakatan Harapan (PH), Rodziah Ismail dijangka merampas kerusi Parlimen Ampang daripada penyandangnya, Datuk Zuraida Kamaruddin, setakat pukul 9 malam.

Ia berikutan Rodziah menerima sebanyak 3,748 undi meninggalkan Shasha Lyna Abdul Latiff (Perikatan Nasional (PN) (745), Low Yi Wen (Barisan Nasional) (585), Zuraida (Parti Bangsa Malaysia) (217), Lai Wai Chong (Parti Warisan) (194), Nurul Ashikin Mabahwi (Parti Pejuang Tanah Air)(81), Tan Hua Meng (Bebas) (9), Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos (Bebas) (6) dan M. Raveendran (Bebas) (6).

Kemenangan Rodziah hampir pasti selepas Ketua Cabang PKR Ampang, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet dan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Datuk Hans Isaac muncul di Pusat Pengiraan Undi, Dewan Dato Ahmad Razali di sini hari ini.

Parlimen Ampang menyaksikan sebanyak 101,142  atau 75.96 peratus jumlah keluar undi daripada 133,148 jumlah pengundi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya