[TIDAK RASMI] Rafizi mendahului di Parlimen Pandan

[TIDAK RASMI] Rafizi mendahului di Parlimen Pandan

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendahului di Parlimen Pandan berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 8.27 malam ini.

Calon Pakatan Harapan (PH) itu meraih 3,537 undi diikuti Muhammad Farique Zubir Albakri (Perikatan Nasional) sebanyak 1,127 undi.

Ketua MCA Bahagian Pandan, Datuk Leong Kok Wee daripada Barisan Nasional  (BN) mendapat 512 undi; calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Tan Sri Ong Tee Keat (168 undi) manakala 32 undi diraih Nadia Hanafiah (Gerakan Tanah Air).

Keputusan tidak rasmi itu berdasarkan 11 peti undi yang diterima daripada keseluruhan 249 peti.

Rafizi merupakan penyandang Parlimen Pandan selepas meraih 48,183 undi pada PRU13 sekali gus menewaskan calon BN, Lim Chin Yee (21,454 undi) dan Allan Tan (Bebas) pula mendapat 2,415 undi.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Pandan dimenangi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 64,733 undi sekali gus mengenepikan empat calon lain.

Selain Rafizi, Tee Keat juga pernah menyandang kerusi Parlimen Pandan selama dua penggal dari 2004 hingga 2013. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya