PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng Wei Shien dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Joseph Salang Gandum bersaing sengit bagi merebut kerusi Parlimen Julau setakat pukul 8.04 malam tadi.
Larry memperolehi 3,887 undi, hanya 283 undi mendahului Joseph yang memperolehi 3,604 undi.
Calon bebas, Elly Lawai Ngalai mengikuti rapat dengan 2,231 undi manakala calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Susan George ketinggalan dengan 160 undi.
Setakat pukul 8.04 petang tadi, sebanyak 9,882 undi telah dikira, berbanding 34,850 jumlah pengundi berdaftar.
Kerusi itu sebelum ini disandang oleh Larry dengan majoriti 1,931 undi. –UTUSAN