SEPANG: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Sepang, Anuar Basiran mendahului keputusan pengundian awal yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada Selasa lalu.
Setakat pukul 7 petang tadi, sebanyak 1,675 kertas undi awal berkenaan daripada keseluruhan 168,039 pengundi berdaftar di kerusi itu telah dikira. – UTUSAN