PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir mendahului persaingan merebut kerusi Parlimen Johor Bahru setakat pukul 7.50 petang tadi.
Akmal memperoleh 4,063 undi, mendahului calon Barisan Nasional (BN), Johan Arifin Mohd. Ropi yang memperoleh 3,715 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Mohtaj Yacob mengikuti rapat dengan 2,329 undi manakala calon Pejuang, Mohd. Akhiri Mahmood @ Hairy Mahmood ketinggalan dengan 142 undi.
Setakat pukul 7.50 petang tadi, sebanyak 10,249 undi telah dikira, berbanding 136,369 jumlah pengundi berdaftar.
Kerusi itu sebelum ini disandang oleh Akmal dengan majoriti 19,782 undi.-UTUSAN