DOHA : Serbia dan Cameroon terus gagal meraih kemenangan pertama selepas terikat seri 3-3 pada aksi kedua Kumpulan G, Piala Dunia 2022 di Stadium Al Janoub, sebentar tadi.
Gol Cameroon dihasilkan menerusi Jean-Charles Castelletto pada minit ke-28, Vincent Aboubakar (m-62) dan Eric Maxim Choupo-Moting selang tiga minit kemudian.
Serbia yang menghuni ranking ke-21 ketika ini memperolehi gol menerusi penyudahan sempurna Strahinja Pavlovic (m-45), Sergej Milinkovic-Savic (m-47) dan Aleksandar Mitrovic (m-52).
Keputusan seri yang diraih kedua pasukan ini menyaksikan mereka berada dalam kelompok dua terbawah kumpulan. -AGENSI.