Kepakaran ISN bantu Pearly-Thinaah menang Terbuka Perancis

Kepakaran ISN bantu Pearly-Thinaah menang Terbuka Perancis

Pearly-Thinaah bergambar bersama kakitangan ISN yang membantu mereka menjuarai Terbuka Perancis kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kecekapan Institut Sukan Negara (ISN) antara faktor utama mendorong kejayaan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M.Thinaah muncul juara di Terbuka Perancis kelmarin.

Walaupun sebagai tenaga di belakang tadbir, namun tugas mereka memberikan rawatan pemulihan dalam tempoh singkat, namun ia cukup efektif dalam memastikan Pearly kembali berada di tahap optimum selepas dilanda kecederaan hamstring.

Status Pearly dan Thinaah untuk meneruskan aksi di Eropah pada asalnya samar-samar kerana dikhuatiri ditimpa anterior cruciate ligament (ACL), dan pada satu tahap mungkin terpaksa menarik diri selepas Pearly alami kecederaan hamstring sehingga terpaksa diusung keluar dengan kerusi roda ketika Terbuka Jepun Ogos lalu.

Bagaimanapun diagnosis awal daripada pihak ISN serta rawatan berterusan memastikan gandingan nombor 10 dunia ini meneruskan penyertaan, sekaligus melakar sejarah menjadi beregu wanita negara pertama memenangi Terbuka Perancis sejak ia diwujudkan pada 1908.

“Kita rangka proses rehabilitasi dan perancangan untuk mereka kembali semula ke aksi kompetitif dengan pelan berstruktur, dan semua proses ini harus dilakukan berdasarkan bukti dan data.

“Saya memberikan pujian kepada pasukan perubatan kami yang bertungkus lumus memberikan rawatan intensif kepada Pearly untuk mencapai tahap kecergasan yang sepenuhnya sekaligus meraih kejayaan di Perancis,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Ramli.

Tambah Ahmad, selain Dr Jamiza Khuzairi Jasmee yang bertanggungjawab merawat kecederaan Pearly, sebanyak empat pegawai ISN turut ditempatkan bersama skuad badminton kebangsaan bagi memastikan tahap kecergasan Pearly dan kesemua pemain badminton negara berada di tahap tertinggi antaranya diketuai Jerry Gan (pegawai analisa prestasi sukan), Nor Efendi Yassin (pegawai fisioterapi sukan), Sebah Anak Kari (juru urut sukan), serta Shafiq Amran (pegawai suai fizikal).- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya