PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin tewas dalam sembilan persaingan di kawasan tersebut pada pilihan raya umum kali ini.
Malah, calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu turut hilang deposit apabila hanya meraih 4,589 undi.
Pada pilihan raya kali ini, Parlimen Ampang dimenangi calon Pakatan Harapan (PH), Rodziah Ismail menewaskan lapan pencabar lagi selepas meraih majoriti 29,681 undi.
Selain Zuraida, calon lain yang hilang deposit adalah calon daripada Barisan Nasional (BN), Parti Pejuang, Parti Warisan dan tiga lagi calon Bebas. – UTUSAN