“Ramai label calon bebas tiada masa depan’

‘Ramai label calon bebas tiada masa depan’

MOHAMAD Redzuan Razali (kiri) semasa berkempen di sebuah pasar tani di Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Calon bebas Mohamad Redzuan Razali atau Abey Wea mahu memberikan tentangan sengit kepada parti politik besar yang bertanding di Parlimen Pengkalan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Abey Wea berkata, dia sudah bekerja keras sepanjang 14 hari kempen dengan berjumpa dengan seberapa ramai pengundi di kawasan parlimen itu bermula selepas menunaikan solat Subuh.

“Ramai yang sering melabel calon bebas ini tiada masa depan untuk menerajui negara apa lagi untuk menang pilihan raya. Saya tidak terkesan dengan perkara itu kerana mahu fokus untuk bekerja ketika ini.

“Oleh itu, saya mahu berkhidmat kepada masyarakat di Pengkalan Chepa sebagai wakil rakyat. Percubaan menyertai PRU15 ini disertai dengan dengan usaha dan komitmen 100 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Abey Wea memberitahu, sepanjang hampir seminggu berkempen, beliau mendapat respon yang baik daripada penduduk di Parlimen Pengkalan Chepa termasuk pengundi muda.

Katanya, beliau tidak berkempen bermodalkan kata-kata politik, sebaliknya lebih fokus untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat terutamanya aspek infrastruktur di Pengkalan Chepa.

“Sebagai wakil NGO, saya menawarkan khidmat untuk bekerja kepada rakyat. Justeru, saya berharap ada keajaiban yang mungkin berpihak kepada saya pada 19 November nanti,” ujarnya.

Pada PRU15, Mohamad Redzuan akan berdepan dengan calon Perikatan Nasional, Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Nik Faizah Nik Othman (Pakatan Harapan), Dr. Mohd. Hafiezulniezam Mohd. Hasdin (Barisan Nasional) dan Wan Ahmad Nasir Wan Ismail (Gerakan Tanah Air) di Parlimen Pengkalan Chepa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya