PRU15: Visi, ikrar dan janji Tawfik Ismail kepada Bagan Datuk

PRU15: Visi, ikrar dan janji Tawfik Ismail kepada rakyat Bagan Datuk

pru15
Tawfik Tun Dr. Ismial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Berikut adalah visi, ikrar dan janji calon bebas bagi Parlimen Bagan datuk, Tawfik Tun Dr. Ismail.

  1. Untuk kepentingan utama Bagan Datuk dan semua rakyat Bagan Datuk, terutama generasi masa depan kita, untuk menubuhkan Bagan Datuk Development Corporation (“BDDC”), dengan SEMUA rakyat Bagan Datuk yang berumur 18 tahun ke atas sebagai pemegang sahamnya, tanpa mengira bangsa/kaum, agama, taraf sosial, mahu pun ikatan politik.
  2. Melalui BDDC, untuk berusaha meningkatan keadaan kehidupan tempatan dan taraf hidup masyarakat di Bagan Datuk, melalui peningkatan pendapatan yang substansial untuk kategori B40 melalui implementasi penanaman petani kecil, pengolahan, pengilangan dan pemasaran produk “nilai tambah” yang berkelanjutan, seperti di sektor industri herbal, kelapa sawit, kelapa dan industri herbal.
  3. Melalui BDDC, untuk berusaha meningkatkan kemampuan menangkap, memproses, dan memasarkan ikan oleh mereka yang terlibat dalam sektor industri perikanan.
  4. Melalui BDDC, menaikkan seluruh industri pelancongan di Bagan Datuk, pertama dengan mendirikan satu Agropark Buah-Buahan Tropikal “Rare” & Herbal, serta fasiliti-fasiliti yang serupa dan boleh menarik pelancong-pelancong yang lebih ramai.
  5. Melalui BDDC, untuk mengupayakan perbaikan substansial dalam pembangunan infrastruktur tempatan jalan, perparitan dan saliran, penghalangan banjir, jembatan, listrik, air, telekomunikasi, perumahan, pendidikan dan fasiliti kesehatan.
  6. Melalui BDDC, untuk berusaha mempertingkatkan secara substansial peluang pekerjaan, pengusahaan dan perniagaan di peringkat tempatan.
  7. Melalui BDDC, menubuhkan Dana-Dana Kebajikan, Kesihatan dan Pendidikan di peringkat tempatan.
  8. Untuk memastikan bahwa keperluan masyarakat diberikan keutamaan melalui kunjungan rutin, diskusi, komunikasi, perencanaan, implementasi dan pemantauan, bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, dan Pihak Berkuasa Tempatan & Daerah. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya