PRU15: PH Selangor tidak tukar calon Sungai Buloh - Amiruddin

PRU15: PH Selangor tidak tukar calon Sungai Buloh – Amiruddin

AMIRUDIN Shari ketika berucap di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam, Selangor. -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH Selangor) tidak akan menukar calon untuk Parlimen Sungai Buloh pada PRU15 ini kata Ketuanya, Datuk Seri Amirudin Shari.

Katanya, R Ramanan adalah calon PH untuk Sungai Buloh walaupun Barisan Nasional (BN) meletakkan Khairy Jamaluddin di situ.

Beliau yakin dengan keputusan yang dibuat oleh gabungan itu sebelum ini untuk meletakkan Ramanan.

“Keputusan (akhir) terletak pada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi buat masa ini kita meneruskan keputusan yang diumumkan sebelum ini.

“Kami yakin dengan keputusan itu dan kami semua mesti mematuhinya,” kata Amirudin semasa sidang media.

Terdahulu, Rafizi berkata parti itu mungkin mempertimbangkan untuk menukar calonnya bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Ini berlaku selepas Khairy dinamakan oleh BN sebagai calonnya di kerusi itu.

Kerusi itu dimenangi oleh R Sivarasa dari PKR pada PRU14 selepas memperoleh majoriti 26,634 undi menentang Nuridah Salleh dari Pas.

PKR mengumumkan minggu lalu bahawa PH akan meletakkan Ramanan, bekas bendahari agung MIC, untuk kerusi itu.

Dia akan membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya umum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya