PRU15: Nancy pindah ke Sentubong, Rohani digugurkan

PRU15: Nancy pindah ke Sentubong, Rohani digugurkan

pru15
NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Nancy Syukri akan bertanding di Parlimen Sentubong pada PRU15 sementara Ahli Parlimen Batang Lupar selama empat penggal, Datuk Rohani Abdul Karim digugurkan daripada senarai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Memetik laporan Free Malaysia Today, tempat Rohani diganti oleh Mohamad Shafizan Kepli.

Rohani yang juga bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat juga pernah menjadi Ahli Parlimen Santubong selama tiga penggal bermula 1990 hingga 1999.

Premier Sarawak Abang Johari Openg ketika mengumumkan senarai calon GPS hari ini menyaksikan Nancy yang merupakan penyandang Parlimen Batang Sadong, berpindah ke Santubong.

Beliau menggantikan tempat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengumumkan tidak mempertahankan kerusi itu baru-baru ini.

Calon lain diumumkan Abang Johari yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ialah bekas timbalan menteri perladangan dan komoditi Willie Mongin yang baru menyertai PBB, akan bertanding di Puncak Borneo.

PRU15 menyaksikan GPS buat kali pertama menggunakan lambang sendiri selepas pilihan raya negeri lalu. Sebelum ini, mereka adalah sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) namun bertindak keluar selepas gabungan itu tewas pada PRU14.

Ketika itu, mereka hanya menang 19 daripada 31 kerusi ditandingi, bakinya dimenangi DAP dengan enam kerusi, PKR (4) dan bebas (2).

Berikut adalah senarai calon GPS:

  • Mas Gading – Lidang Disen
  • Santubong – Nancy Shukri
  • Petra Jaya – Fadillah Yusof
  • Bandar Kuching – Tze Kok
  • Stampin – Lo Khere Chiang
  • Kota Samarahan – Rubiah Wang
  • Puncak Borneo – Willie Mongin
  • Serian – Richard Riot Jaem
  • Batang Sadong – Rodiyah Sapiee
  • Batang Lupar – Mohamad Shafizan Kepli
  • Sri Aman – Doris Sophia Brodi
  • Lubok Antu – Roy Angau Gingko
  • Betong – Richard Rapu@Aman Begri
  • Saratok – Giendam Jonathan Tait
  • Tanjong Manis – Yusuf Abdul Wahab
  • Igan – Ahmad Johnie Zawawi
  • Sarikei – Huang Tiong Sii
  • Julau – Joseph Salang Gandum
  • Kanowit – Ago Dagang
  • Lanang – Wong Ching Yong
  • Sibu – Clarence Ting Ing
  • Mukah – Hanifah Taib
  • Selangau – Edwin Banta
  • Kapit – Alexander Nanta Linggi
  • Hulu Rajang – Wilson Ugak Kumbong
  • Bintulu – Tiong King Sing
  • Sibuti – Lukanisman Awang Sauni
  • Miri – Jeffery Phang Siaw Foong
  • Baram – Anyi Ngau
  • Limbang Hasbi Habibollah
  • Lawas – Henry Sum Agong
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya