LONDON: Farm Fresh Berhad telah dipilih untuk menerima anugerah ‘Brand of the Year’ pada anugerah World Branding Awards 2022-2023.
Anugerah ini telah disertai 00 tetamu dari serata dunia untuk meraikan kejayaan dan pencapaian antara jenama-jenama terbaik di dunia, dan telah berlangsung di Istana Kensington.
Farm Fresh adalah satu-satunya pemenang bagi kategori produk tenusu dari Malaysia untuk anugerah kali ini.
World Branding Awards adalah anugerah jenama terulung untuk World Branding Forum dan pemenangnya dipilih dengaan teliti berdasarkan tiga kriteria – Penilaian Jenama, Penyelidikan Pasaran Pengguna, dan Pengundian dalam Talian antara Pihak Awam.
Lebih dari 3,500 jenama dari 45 buah negara telah dicalonkan merentasi pelbagai kategori dan hanya 250 jenama telah dinobatkan sebagai pemenang.
“Secara purata, terdapat hanya lima pemenang bagi setiap negara, dan ini telah membuktikan bahawa kemenangan di World Branding Award ialah satu pencapaian yang hebat,” kata Pengerusi World Branding Forum, Richard Rowles.
Farm Fresh Berhad pula ialah pengeluar tenusu tempatan yang terbesar di Malaysia dengan penguasaan 49 peratus dalam segmen Minuman-Sedia-Diminum (RTD) dan 23 peratus dalam keseluruhan segmen susu RTD setakat 30 Jun 2022.
Farm Fresh beroperasi dengan model dari ladang-ke-gelas yang terlibat dalam bisnes perladangan, perkilangan, dan pengedaran pelbagai variasi produk tenusu dan produk berasaskan tumbuhan.
Ia telah berkembang menjadi jenama susu segar pilihan no. 1 rakyat Malaysia dan juga telah dieksport ke Brunei dan Singapura, dan dijangka akan terus berkembang ke Filipina dan Indonesia di masa hadapan.
Didorong oleh kekuatan penyelidikan dan pembangunan, Farm Fresh juga adalah jenama pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk berinovasi seperti susu kurma, susu organik protein A2 dan susu bebas laktosa ke pasaran Malaysia, yang telah memenuhi keperluan pasaran dan pelanggan yang sentiasa berkembang.
Farm Fresh juga telah menjadi jenama pertama yang memperkenalkan susu segar dijual dalam botol kaca yang boleh diisi semula bermula September 2022 dengan memeperkenalkan usaha “Milk on Tap” mereka dengan kolaborasi antara Farm Fresh dan jenama pasar raya tempatan.
Langkah cemerlang ini akan memberi dorongan kepada industri tenusu untuk mengurangkan penggunaan plastik berlebihan dengan mendorong pelanggan untuk membeli susu dalam botol yang lebih mesra alam.
Selain itu, Farm Fresh baru-baru ini telah memperkenalkan susu rumusan sedia diminum, Farm Fresh Grow, susu yang yang dirumus khas untuk anak-anak yang sedang membesar.
Farm Fresh Grow diperbuat dengan susu lembu asli dan diperkaya dengan hanya khasiat yang diperukan untuk tumbesaran anak-anak, tanpa tambahan bahan yang biasa ditemui seperti maltodekstrin, minyak sayuran dan kalsium karbonat.
Farm Fresh beroperasi dengan enam buah ladang tenusu dan tiga buah fasiliti pemprosesan di Malaysia dan Australia dengan jumlah keluasan ladang 5,416 ekar dengan saiz ternakan berjumlah 10,309 ekor lembu betina dan jantan.
Farm Fresh telah memperkenalkan 147 SKU merentasi pelbagai jenama termasuk Farm Fresh, Master Barista, Henry Jones, Yarra Farm, Yarra by Farm Fresh dan Nubian Goat’s Milk.