Polis tidak benarkan perarakan bendera parti raikan kejayaan

Polis tidak benarkan perarakan bendera parti raikan kejayaan

MUHAMAD Zaki Harun (kiri) semasa meninjau pusat mengundi di MRSM Tumpat, Kelantan hari ini.UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Polis meningatkan pemilik kenderaan berat seperti lori tidak melakukan perarakan bendera parti bagi meraikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) malam ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, beliau tidak mahu kejadian yang berlaku semalam kembali berulang apabila ada dalam kalangan pemilik lori membuat perarakan membawa penyokong sambil mengibar bendera parti.

Menurutnya, tindakan pemilik kenderaan merupakan satu kesalahan lalu lintas dan boleh berdepan dengan tindakan saman.

“Semalam berlaku kesesakan disebabkan oleh perarakan lori dan kenderaan lain sambil membawa bendera parti. 

“Kami sudah memberi nasihat dan jika berlaku lagi malam ini tentunya polis akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini hari ini.

Dalam perkembangan  lain, Muhamad Zaki memberitahu, hasil pemantauannya di pusat mengundi semuanya berjalan lancar.

Katanya, selepas pukul 12 tengahari, sebanyak 53.38 peratus atau 743,808 orang keluar mengundi. 

“Kita percaya peratus keluar mengundi akan meningkat sebelum pusat mengundi ditutup,” ujarnya.

Mengulas mengenai satu kematian seorang Ejen Pilihanraya  (PACABA) meninggal dunia, Muhamad Zaki berkata, mangsa berusia 53 tahun rebah dan tidak sedarkan diri  ketika menjalankan tugas kira-kira pukul 8 pagi di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)  Lati, Pasir Mas. 

“Mangsa meninggal dunia ditempat kejadian dan kes diklasifikasikan mati mengejut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya