PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Fong Kui Lun mendahului persaingan merebut kerusi Parlimen Bukit Bintang setakat pukul 7.30 petang tadi.
Kui Lun memperoleh 3,306 undi, mendahului calon Barisan Nasional (BN), Tan Teik Peng yang memperoleh 1,467 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Edwin Chen yang memperoleh 1,352 undi.
Setakat pukul 7.30 petang tadi, sebanyak 6,125 undi dikira, berbanding 79,782 jumlah pengundi berdaftar.
Kerusi itu sebelum ini disandang oleh Kui Lun dengan majoriti 37,260 undi. –UTUSAN