Malaysia mulakan kempen dengan langkah kiri

Malaysia mulakan kempen dengan langkah kiri

PEMAIN Malaysia, Azrai Aizad (depan) menghalang pemain Korea Selatan pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Malaysia memulakan kempen hoki Piala Sultan Azlan Shah dengan langkah sumbang apabila tumpas 0-3 kepada juara bertahan, Korea Selatan dalam aksi pembukaan di Stadium Azlan Shah, sebentar tadi.

Selain Korea, Afrika Selatan turut memberi amaran awal kepada pencabar mereka apabila mengejutkan juara tiga kali, Pakistan 4-1.

Dua jaringan Jang Jonghyun dan satu lagi oleh Kim Hyeonhong membolehkan anak-anak buah Shin Seok Hyo berada di atas tuan rumah.

Jonghyun membuktikan dia sebagai pakar pukulan sudut penalti dengan dua jaringan melalui kuisan kencang melepasi Hafizuddin Othman.

Nyata pemain Malaysia tidak mempunyai jawapan terhadap permainan sistematik dan berkesan Korea Selatan.

Sementara itu Afrika Selatan mula menunjukkan belang pada suku kedua.

Selepas terikat tanpa jaringan selama 24 minit yang menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan, Afrika Selatan memecah kebuntuan melalui Trevor Junior de Lora pada minit-25.

Dua minit kemudian, Connor Beauchamp melebarkan kedudukan pasukannya dari pukulan sudut penalti.

Anak buah Garreth Ewing mengukuhkan kedudukan dengan dua jaringan pada suku ketiga melalui Brian Senzweshihle Ngubane pada minit ke-38 dan Vameron Yves Norman le Forestier minit ke-43.

Pakistan cuba bangkit dan berjaya merapatkan jurang pada minit 47 melalui tetapi jaringan Abdul Shahid itu nyata sudah terlambat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya