Lelaki peras ugut di bilik gerakan parti politik

Lelaki peras ugut di bilik gerakan parti politik

BEBERAPA anggota polis sedang melakukan latihan sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini sepanjang tempoh kempen PRU15 di UiTM, Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki yang melakukan jenayah peras ugut di bilik gerakan sebuah parti politik di Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunadi Mohamed berkata, pihaknya menahan suspek yang berusia 40 tahun itu di rumahnya di Taman Petaling Utama, pukul 9 malam semalam.

“Suspek dikatakan cuba melakukan pemerasan terhadap beberapa petugas pilihan raya di bilik gerakan terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Latihamal Ex-Undi Persediaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Kontinjen Selangor di Padang Kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. 

Menurut beliau, siasatan awal pihaknya mendapati kegiatan suspek tidak melibatkan mana-mana kumpulan gangsterism.

Dalam hal berbeza, Arjunaidi memaklumkan bahawa polis Selangor menerima 79 laporan polis sepanjang lima hari kempen PRU15 berlangsung dan sebanyak lima kertas siasatan dibuka, termasuk kes peras ugut di bilik gerakan itu.  

“Antara kes yang kita buka kertas siasatan seperti menceroboh pusat penamaan calon, menerbangkan dron, mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah serta mengoyakkan bendera dan merosakkan papan iklan,” ujarnya.

Daripada segi permohonan permit untuk ceramah dan kempen sepanjang PRU15, Arjunaidi memaklumkan bahawa sebanyak 660 permohonan permit diterima pihaknya.

Namun menurutnya, hanya 642 permit diluluskan, manakala selebihnya ditolak atas sebab ketidak sesuaian lokasi, pertembungan antara parti serta lewat terima permohonan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya