Lelaki lemas tersangkut jaring ikan 

Lelaki lemas tersangkut jaring ikan 

ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa lemas itu di sebuah palung di Parit 8 Gambut, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kehilangan seorang lelaki sejak semalam terungkai apabila ditemukan lemas tersangkut di jaring ikan miliknya di sebuah palung di Parit 8 Gambut, Sungai Besar di sini, hari ini.

Mayat mangsa berusia 55 tahun itu ditemui anaknya sendiri dalam keadaan terapung, pukul 7.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan mendapati, mangsa bersama isterinya memasang jaring tersebut petang semalam.

“Sehingga pukul 6 pagi tadi, wanita itu mendapati suaminya masih tidak pulang ke rumah. Anak mangsa kemudian pergi ke lokasi jaring dan terkejut melihat bapanya tersangkut,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurut beliau, punca kejadian antaranya dipercayai akibat tali yang terbelit pada lengan mangsa.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kesan lebam atau kecederaan lain di tubuh mangsa yang boleh mengakibatkan kematian.

 “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya