PUTRAJAYA: Penyandang empat penggal kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di pekarangan Pusat Penamaan Calon (PPC), Kompleks Kejiranan Presint 9, di sini.
Ketibaan Tengku Adnan atau lebih dikenali dengan gelaran Ku Nan itu tiba 8.25 pagi sebelum disambut lebih 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN) sebelum bergerak ke PPC sambil berselawat.
Terdahulu, seorang lagi calon daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Radzi Jidin tiba pukul 8.05 pagi.
Parlimen Putrajaya bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru masing-masing calon dari BN, PN, Pejuang, Pakatan Harapan (PH).
Difahamkan, dua calon bebas dijangka menghantar borang penamaan calon pagi ini, namun, maklumat terperinci belum diperoleh. – UTUSAN