Kerjasama BN PH akan cetus ketidakstabilan politik - Fadillah

Kerjasama BN-PH cetus ketidakstabilan politik – Fadillah

lebuh raya
FADILLAH YUSOG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerjasama politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa bakal membentuk jajaran baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) boleh mencetuskan pergolakan dan ketidakstabilan dalam arena politik negara.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kemelut politik akan bertambah buruk jika kerjasama itu direalisasikan.

“Pertama sekali dalam BN itu sendiri, ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong kerjasama BN dan PH. 

“Ini sudah tentu mencetuskan ketidakstabilan sekali lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Fadillah berkata demikan ketika mengulas dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa BN akan bergabung dengan PH pasca PRU15.

Pada masa sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi pernah menyuarakan bahawa strategi berkenaan bertujuan memudahkan proses penggabungan antara BN dan PH untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU15.

Abdul Hadi turut membangkitkan objektif akhir kerjasama itu adalah menyelamatkan pemimpin BN yang menghadapi pendakwaan di mahkamah.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Ketua Whip GPS menteru pengundi memilih GPS demi kestabilan dan keutamaan SArawak ketika ini ialah menentukan dasar di peringkat Persekutuan iaitu mewujudkan kerajaan stabil.  

“Jika BN dan PH bergabung, itu hak mereka. Keutamaan Sarawak sekarang ialah menentukan dasar di peringkat Persekutuan iaitu mewujudkan kerajaan stabil.

“GPS sahaja, jangan fikir yang lain. GPS lah yang akan dapat menstabilkan politik negara ketika ini,” katanya.

Isu dakwaan kerjasama BN dan PH itu kemudiannya dinafikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, malah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan kerjasama antara dua seteru politik itu adalah fitnah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya