Kembalikan BN di Kuala Kedah demi pembangunan - Syed Razak

Kembalikan BN di Kuala Kedah demi pembangunan – Syed Razak

SYED Razak Syed Zain membantu kempen Mashitah Ibrahim dengan hadir ke Jamuan Rakyat dan Sukaneka di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KEDAH: Di sebalik keuzurannya, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain Barakhbah hari ini turun padang membantu calon Barisan Nasional (BN) Kuala Kedah berkempen.

Syed Razak yang pernah menjadi Menteri Besar dari 1999 hingga 2005 meluangkan masa lebih sejam menghadiri Jamuan Rakyat dan Sukaneka di Taman Kota Nelayan yang dihadiri lebih 1,000 penduduk.

Beliau ketika ditemui menyarankan agar mengembalikan Kuala Kedah kepada BN demi pembangunan kawasan itu.

Syed Razak, 78, yang berasal dari Kubang Rotan mendakwa pembangunan di kawasan itu terhenti setelah Parlimen berkenaan jatuh ke tangan lawan sejak 15 tahun lalu.

“Kuala Kedah tidak membangun sebab kegagalan wakil rakyat. Sekarang BN tawarkan calon yang mempunyai kekuatan dari segi kelulusan dan pengalaman. Beliau juga anak tempatan,” katanya.

Syed Razak yang juga bekas wakil rakyat Kubang Rotan memberitahu, pelbagai projek pembangunan dirancang di kawasan ini namun gagal dilaksanakan setelah pembangkang mengambil alih.

“Pelan tindakan kemajuan Kuala Kedah yang diterima UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah) dan pelan itu terhenti setelah kita kalah. Andai kemenangan itu berpihak kepada BN saya berharap pelan pembangunan itu dapat disemak semula.

“Ia termasuk pelabuhan Kuala Kedah, mendalam sungai Kuala Kedah, membangunkan sektor pelancongan yang secara tak langsung memberi pekerjaan kepada anak-anak Kuala Kedah. Kita harap orang Kuala Kedah sokong BN dan beri kemenangan,” katanya.

Beliau juga beranggapan bahawa BN meletakkan calon yang tepat iaitu seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi.

Dalam pada itu, calon BN Kuala Kedah, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, beliau terharu dengan kesudian Syed Razak yang sanggup turun padang membantu kempennya. 

“Alhamdulillah, kita mencatatkan sejarah kembali, pada 2000 iaitu 22 tahun lalu inilah seorang insan berhati mulia yang membuat penempatan semula kampung nelayan dengan memindahkan kampung nelayan ke taman ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya