Isu Ronaldo, Portugal tolak tepi

Isu Ronaldo, Portugal tolak tepi

RONALDO (tengah) mengakui rakan sepasukannya sudah bersiap sedia menghadapi aksi pertama berdepan Ghana.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Portugal enggan memberi sebarang komen mengenai kontroversi yang melanda Cristiano Ronaldo selain hubungan dingin pasukan bersama media, sebaliknya keutamaannya adalah aksi di Piala Dunia Qatar.

Skuad kendalian Fernando Santos akan berdepan Ghana pada tengah malam esok dan mahu keputusan perlawanan serta aksi di atas padang sebagai ‘jawapan terbaik’ kepada persoalan yang dibangkitkan.

Portugal yang juga juara Euro 2016 menewaskan Nigeria 4-0 pada aksi pemanas badan terakhir sebelum berlepas ke Qatar, sekali gus memberi kelegaan kepada penyokong susulan aksi hambar sebelum ini.

Ghana juga membuktikan yang betapa mereka sudah bersedia bagi mengharungi kempen kali ini apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Switzerland dalam aksi persahabatan.

Perlawanan di Stadium 974 di Doha itu memberi peluang kepada kedua-dua pasukan menentukan haluan untuk mara ke pusingan kalah mati.

Selain Portugal dan Ghana ,Kumpulan H turut dibarisi Uruguay dan Korea Selatan.

“Suasana dalam bilik persalinan sangat baik, tiada masalah. Kumpulan ini kebal. Saya ambil kesempatan sekali untuk untuk menyatakan supaya berhenti bertanya mengenai saya,” kata Ronaldo.

Ronaldo mengetuai Portugal menjulang trofi Euro 2016, tetapi Piala Dunia Russia 2018 tidak memihak kepadanya dan Qatar akan menjadi medan terakhirnya beraksi di kejohanan itu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya