Brazil kurang menyengat tanpa Neymar - Utusan Malaysia

Brazil kurang menyengat tanpa Neymar

Brazil mara ke pusingan 16 terbaik walaupun masih berbaki satu perlawanan selepas menewaskan Switzerland, 1-0 sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA : Gol tunggal jaringan Casemiro pada lewat perlawanan ke atas Switzerland memastikan kemaraan Brazil di pusingan 16 terbaik walaupun masih berbaki satu perlawanan.

Ketiadaan penyerang berbisa Brazil, Neymar menyerlahkan ketumpulan jentera serangan juara dunia lima kali itu selepas hanya mampu meraih kemenangan tipis, 1-0 ke atas lawan pada aksi Kumpulan G, di Stadium 974, sebentar tadi.

Sebelum Casemiro menjaringkan gol, Vinicius Junior berjaya meledak jaringan di babak kedua, namun  dibatalkan kerana ofsaid selepas pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilakukan.

Namun, ketika berbaki tujuh minit permainan, Casemiro memecah kebuntuan jaringan untuk meletakkan Brazil di puncak kumpulan dengan enam mata.

Tiga mata yang diraih memastikan Brazil menjadi pasukan kedua mengikuti jejak langkah Perancis yang telah layak ke kelompok 16 terbaik.
Gol tunggal Casemiro memastikan Brazil meraih tiga mata penuh.
“Sasarannya adalah memburu kelayakan. Itu adalah sesuatu yang sangat penting dalam kumpulan yang sesukar kami sertai ini.

“Kami perlu bersabar ketika menentang sebuah pasukan berpengalaman, yang tahu cara untuk bermain dalam rentak perlawanan.

“Sentiasa akan ditentukan dengan hanya perbezaan kecil, tetapi kami tahu yang kami mempunyai banyak ruang dan syukur kami memperoleh jaringan.” jelas Casemiro.

Brazil akan turun pada aksi terakhir menentang Cameroon, Jumaat ini dan hanya memerlukan keputusan seri untuk mengekalkan rekod tanpa kalah diperingkat kumpulan

Dengan enam mata, Brazil dilihat bakal merehatkan sesetengah pemainnya untuk perlawanan terakhir Kumpulan G menentang Cameroon pada Jumaat ini dengan keputusan seri sudah menjadi tempat buat mereka ke pusingan seterusnya. -AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya