Bau busuk, pencemaran bunyi jejas kehidupan 2,000 penduduk Ozana Residence - Utusan Malaysia

Bau busuk, pencemaran bunyi jejas kehidupan 2,000 penduduk Ozana Residence

CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali (tengah) mendengar permasalahan diajukan para penduduk Ozana Residence, Bukit Katil, Melaka berkenaan bau busuk dan pencemaran bunyi dihadapi mereka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kira-kira 2,000 penduduk di Ozana Residence, Bukit Katil di sini terpaksa menanggung bau busuk akibat pelepasan asap oleh industri terus ke udara dan turut berdepan pencemaran bunyi, sejak lebih setahun lalu.

Bau busuk dilepaskan melalui cerobong asap dipercayai gas amonia serta bunyi bising didengari penduduk sepanjang hari, kerana kediaman mereka berdekatan dengan tiga buah kilang pembuatan yang beroperasi 24 jam.

Seorang penduduk, Mohamad Mustafa Raja Mohamad, 45, berkata, bau busuk itu semakin parah khususnya pada waktu hujan.

Dia berkata, sejak membeli rumah di situ tiga tahun lalu, keluarganya tidak dapat beriadah atau mengambil angin di luar disebabkan bau yang dihidu sangat busuk serta dikhuatiri membahayakan kesihatan.

“Bukan setakat bau busuk, pencemaran bunyi khususnya pada waktu pagi menyebabkan pintu jeriji tingkap, pintu bilik tidur bergegar kuat. Kalau jangka panjang, gegaran itu boleh menyebabkan strukur binaan rumah retak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, David Teh, 59, berkata, pelepasan asap dari kilang berdekatan dibimbangi mendedahkan mereka dijangkiti pelbagai penyakit untuk jangka masa panjang.

“Saya sudah duduk di rumah ini setahun lebih dan bau ini sangat tidak selesa. Setiap kali balik
kerja saya terpaksa duduk dalam rumah. Ada ruang di halaman rumah pun saya tidak boleh gunakan.

“Aduan telah dibuat kepada pemaju namun tidak ada sebarang usaha dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya