Banjir: Lapan rumah terjejas di Ijok

Banjir: Lapan rumah terjejas di Ijok

KEADAAN rumah penduduk yang dinaiki air di Jalan Rukun, Ijok, Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Hujan lebat berterusan mengakibatkan lapan rumah di Jalan Rukun, Ijok di sini, dinaiki air akibat banjir hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu menjejaskan seramai 20 mangsa daripada lima keluarga.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan enam anggota dan jentera dari Balai Bomba Bestari Jaya dikerah ke lokasi kejadian.

Kata beliau, pemantauan mendapati paras air hanya setakat 0.2 meter dan masih terkawal.

“Semua mangsa terdiri daripada 13 lelaki, tiga wanita dewasa dan empat kanak-kanak. Trend air mencatatkan penurunan namun anggota bomba masih memantau keadaan berikutan masih hujan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya