Amirudin tempelak parti lawan guna isu air 

Amirudin tempelak parti lawan guna isu air 

AMIRUDIN Shari (kanan) ketika berkempen sempena PRU15 di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menempelak pihak parti lawan yang menjadikan isu air di negeri ini sebagai modal kempen untuk menghentam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Masalah air di negeri Selangor tegasnya sedang diatasi secara sistematik bagi memastikan rakyat tidak menghadapi masalah bekalan air terawat untuk jangka masa panjang.

Menurutnya, masalah air bukan sahaja berlaku di negeri yang ditadbirnya, malahan di beberapa negeri termasuk di negeri kelahirannya, Johor.

“Beberapa hari sebelum bubar tiada air di Johor. Pahang kawasan bekas Perdana Menteri pun berlaku kes tiada air. Kita bekalan air putus, mereka tiada bekalan air,” katanya ketika berucap semasa kempen PRU15 bersama calon Ahli Parlimen Shah Alam Pakatan Harapan (PH), Azli Yusof di Seksyen 18 petang semalam.

Amirudin yang bertanding di Parlimen Gombak menentang bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan, kerajaan negeri sudah menggantikan saluran paip yang terganggu dengan saluran air paip baharu sepanjang 150 kilometer setiap hari sejak beberapa tahun lalu.

“Masalah gangguan air yang berlaku hingga 20 kali pada tahun 2020 sudah dikurangkan. Hanya dua kes gangguan bekalan air berlaku pada tahun 2021 dan 2022 berlaku satu dua kes gangguan sahaja,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya