Al-Ikhsan Sports lancar 'World Football Festival 2022'

Al-Ikhsan Sports lancar ‘World Football Festival 2022’

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla (lima kiri) pada majlis pelancaran kempen World Football Festival 2022 di IOI City Mall, Putrajaya, hari ini. -IHSAN Al-Ikhsan Sports
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Syarikat barangan sukan terkenal di Malaysia, Al-Ikhsan Sports bersama Football Republic melancarkan kempen ‘World Football Festival 2022′ bagi memeriahkan lagi saingan Piala Dunia 2022 Qatar dijadualkan berlangsung pada 20 November ini.

Kempen itu bakal menyaksikan pelbagai acara serta barangan premium khas untuk dijadikan koleksi bagi pencinta bola sepak di Malaysia, di mana boleh didapati di 167 cawangan Al-Ikhsan.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla berkata, pihaknya amat teruja untuk memperkenalkan kempen tersebut yang dilancarkan bagi meraikan 15 juta peminat tegar bola sepak di Malaysia.

“Objektif kami adalah untuk membawakan kegilaan bola sepak di Malaysia dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan dengan aktiviti menarik untuk semua pelanggan yang berkunjung ke kedai kami,” katanya pada pelancaran kempen itu di pusat beli belah IOI City Mall, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Al-Ikhsan turut berkolaborasi dengan jenama antarabangsa, Adidas bagi siri jelajah ‘Adidas Official Match Ball Roadshow’ di lima lokasi pilihan di Semenanjung Malaysia.

Sebanyak 14 lokasi tambahan turut dibuka bagi memenuhi permintaan peminat barangan sukan khususnya bola sepak termasuk di Melaka, Pulau Pinang, Johor Baharu dan Negeri Sembilan.

Antara yang menarik untuk festival kali ini, Al Ikhsan turut bekerjasama dengan Media Prima Audio yang mana rakan radio strategik bagi kempen berkenaan.

Beberapa siri jelajah bersama rangkaian radio popular negara itu bakal disertakan dengan pelbagai aktiviti seperti siaran luar secara langsung, penampilan penyampai radio stesen naungan rangkaian berkenaan dan permainan santai sudah diaturkan khas oleh dua nama gergasi dalam bidang masing-masing.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya