80 peratus rumah tidak terjual, harga lebih setengah juta

80 peratus rumah tidak terjual, harga lebih setengah juta

ONN Hafiz Ghazi menyampaikan sijil layak menduduki kepada seorang pembeli rumah pada Majlis Pelancaran Rejuvenasi Perumahan Johor di IOI Galleria@Bandar Putra, Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kira-kira 80 peratus rumah tidak terjual di negeri ini adalah jenis pangsapuri khidmat (service apartment) yang berharga lebih setengah juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, baki 20 peratus lagi adalah jenis rumah mewah dan banglo yang terletak di kawasan bandar raya ini.

Walaupun berdepan isu tersebut, namun kerajaan negeri tidak akan menyekat pihak pemaju daripada terus membina pangsapuri khidmat.

“Kita tidak boleh menyekat pembinaan ‘service apartment’ ini kalau berada dalam kawasan yang memang banyak permintaan.

“Pemaju-pemaju ni dia ada pasukan pemasaran mereka sendiri. Mereka dah buat pemantauan di sebuah kawasan itu, boleh jual atau tak boleh jual sebelum pembinaan dilakukan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Rejuvenasi Perumahan Johor di IOI Galleria@Bandar Putra, Kulai yang dirasmikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Dalam pada itu, Mohd. Jafni berkata, kerajaan negeri akan menggalakkan pemaju perumahan untuk terus membina Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) pada harga bermula RM40,000 hingga 150,000 dalam tempoh lima tahun.

Kerajaan negeri turut akan mempromosikan RMBJ yang dihasilkan dan memastikan ada pembeli dalam tempoh kurang empat bulan.

“Kita tidak berdepan isu RMBJ ini tidak terjual, malah meletakkan tiga pembeli di sesebuah unit. Sekiranya pembeli pertama tak dapat kelulusan pinjaman, ia akan diserahkan kepada pembeli kedua.

“Oleh itu, pemaju jangan takut  nak sediakan RMBJ ini, kita juga memperkenalkan pakej ‘rent to own’ buat mereka yang berdepan masalah untuk mendapatkan pinjaman perumahan,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya