PETALING JAYA: Kira-kira 58 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setakat pukul 2 petang ini.
Ini berdasarkan kemas kini terkini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jumlah keluar mengundi pada pilihan raya umum 2018 ialah 82 peratus, manakala 84 peratus pada 2013.
Hari ini menandakan pilihan raya umum pertama sejak umur mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik diperkenalkan. – UTUSAN