19,758 pelajar IPT, institusi kemahiran daftar perniagaan

19,758 pelajar IPT, institusi kemahiran daftar perniagaan

ROSOL Wahid (lima dari kiri) bersama sebahagian pelajar yang sertai Program Usahawan Muda 2022 Peringkat Negeri Terengganu dan Kelantan di Hulu Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seramai 19,758 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan institusi kemahiran seluruh negara mendaftar perniagaan di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bermula 1 Januari tahun lalu sehingga 31 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, SPPP yang diperkenalkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 23 Disember 2020 memberi peluang untuk mendaftarkan perniagaan secara percuma. 

Menurutnya, pelajar yang mendaftar perniagaan mereka dikecualikan pembayaran sebanyak RM60 bagi penggunaan nama tred dan RM30 untuk nama sendiri beserta RM10 bagi cetakan maklumat. 

“Berdasarkan rekod SSM, jumlah pendaftaran yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP seramai 43,123 perniagaan terdiri daripada 19,758 pelajar dan 23,365 usahawan B40. 

“Pelajar sepenuh masa  IPT awam atau swasta serta pusat kemahiran dalam negara perlu merebut peluang ini kerana miliki entiti perniagaan yang sah penting untuk beri keyakinan kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas Program Usahawan Muda (PUM) 2022 Peringkat Negeri Terengganu dan Kelantan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur, di sini, hari ini.

Program anjuran SSM siri enam itu menarik lebih 1,400 penyertaan melibatkan pelajar politeknik, kolej komuniti, Pusat Latihan Giat Mara dan Institut Latihan Perindustrian dari Terengganu serta Kelantan. 

Tambah Rosol, bagi negeri Terengganu, sebanyak 72,737 perniagaan; 5,934 syarikat dan 443 Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) aktif berdaftar dengan SSM sehingga 31 Oktober tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya