Tengku Zainul Hisham tanding Bebas Parlimen Pekan

Tengku Zainul Hisham tanding Bebas Parlimen Pekan, DUN Peramu Jaya

TENGKU ZAINUL HISHAM Tengku Hussin (tengah) mengumumkan bertanding Bebas di Parlimen Pekan dan DUN Peramu Jaya dalam sidang akhbar di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, pada 4 Julai 2020 mengumumkan bertanding atas tiket sama Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini. 

Cumanya beliau berkata, pada PRU-15 kali ini, beliau menawarkan diri bertanding di kerusi Parlimen Pekan dan DUN Peramu Jaya.

“Saya mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas walaupun ada parti-parti politik yang menawarkan saya untuk bertanding atas tiket parti mereka.

“Pada saya memandangkan boleh dikatakan semua parti kini bercelaru sesama sendiri, saya fikir lebih baik saya menjadi calon Bebas di Parlimen Pekan dan DUN Peramu Jaya. 

“Saya bertanding untuk membawa suara rakyat Pekan yang tidak didengari bukan sahaja di peringkat negeri malah Pusat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Pada PRK DUN Chini, 4 Julai 2020, calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Sharim Md Zain, 41, menang dengan memperoleh majoriti 12,650.

Mohd. Sharim memperoleh 13,872 undi, manakala Tengku Zainul Hisham memperoleh 1,222 undi dan seorang lagi calon Bebas, Mohd. Shukri Mohd. Ramli mendapat 137 undi.

Tengku Zainul Hisham berkata, dengan keadaan parti-parti politik yang bercelaru ketika ini, beliau ingin memberikan pilihan kepada pengundi di Pekan dan DUN Peramu Jaya memilih wakil rakyat yang mudah didekati dan didampingi. 

Beliau berkata, seperti mana PRK DUN Chini lalu, beliau akan menggunakan lambang sama pada PRU-15 ini iaitu rumah.

“Rumah ini melambangkanntempat rakyat tinggal dan berteduh daripada hujan dan panas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya