Remaja maut, kereta dipandu rakan langgar kedai runcit

Remaja maut, kereta dipandu rakan langgar kedai runcit

KEADAAN kereta yang remuk selepas merempuh sebuah kedai runcit di Jalan Kebakat, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT : Seorang remaja maut selepas kereta yang dinaiknya bersama empat orang rakan hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah kedai runcit di Jalan Kebakat di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menaiki kereta jenis Proton Saga bersama empat orang rakannya yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun dari arah Kampung Semat Jal menghala ke Kebakat di sini.

Menurutnya, semasa melalui kawasan bonggol, pemandu kereta yang berusia 17 tahun dipercayai menukar gear sebelum membuat pecutan.

“Bagaimanapun, kereta tersebut hilang kawalan sehingga terbabas dan merempuh sebuah kedai runcit.

“Berdasarkan keterangan saksi kejadian, dia melihat salah seorang penumpang di dalam kereta itu telah keluar sebelum melarikan diri semasa rakan-rakannya masih tersepit di dalam kereta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Amran memberitahu, dua daripada mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu cedera di kepala manakala seorang lagi mengalami kecederaan dalaman. 

Katanya, bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka yang melarikan diri itu masih gagal dikesan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tumpat di sini untuk dibedah siasat pagi tadi.

“Siasatan mendapati, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu gagal mengawal keretanya sehingga terbabas merempuh kedai runcit,” katanya.

Amran berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya